Pages

Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah dan Hari Aids Sedunia........




Assalamualaikum semua.......

Alhamdulillah, kita pertemukan lagi pada coretan mata pena NZ kali ini. NZ menadah tangan sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan-Nya. NZ sangat bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi pada tahun ini untuk menyambut Maal Hijrah dan Hari Aids Sedunia. Sebelum NZ meneruskan catatan ini, izinkan NZ untuk mengucapkan salam Maal Hijrah buat semua umat Islam yang berada di seluruh dunia. Tidak lupa juga selamat menyambut Hari Aids Sedunia pada 1 Disember 2010 yang lalu. NZ harap belum terlambat untuk mengucapkannya kepada semua pengunjung Dari.Mata.Pena........

Sempena Maal Hijrah ini juga NZ berharap agar NZ dapat berubah ke arah yang lebih baik lagi dan meninggalkan semua tabiat buruk NZ. NZ sedar yang NZ banyak melakukan dosa dan kesilapan sepanjang NZ bernafas. NZ tahu NZ selalu sakitkan hati orang sekeliling NZ, tak kira melalui tutur kata mahupun tingkah laku NZ. Maafkan NZ...........

Sempena Hari Aids Sedunia pula, kita selaku ahli mesyarakat harus memberikan sokongan yang berterusan kepada mereka yang menghidapi penyakit ini. Hanya doa dan sokongan daripada masyarakat saja bisa membantu mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Kita tidak sepatutnya menyisihkan mereka kerana mereka juga manusia biasa yang inginkan kehidupan normal seperti kita. NZ tak salahkan sesiapa. Mungkin kita kekurangan maklumat mengenai Aids, cara penyakit itu berjangkit dan sebagainya. Contoh terbaik yang boleh kita lihat ialah Puan Norlina Haji Alawi yang sanggup mengambil anak-anak yang menghidapi HIV sebagai anak angkat beliau. Tidak ramai yang saggup membuat pengorbanan seperti beliau. Mulia sungguh hati wanita ini.
Secara peribadi NZ dapat rasakan yang dua hari ini sangat bermakna buat NZ. Timbul rasa keinsafan dalam diri NZ lebih-lebih lagi setelah NZ menonton rancangan serta drama yang dihidangkan sempena dua hari yang cukup istimewa ini. Setiap kali menonton, hati NZ sebak dan adakalanya NZ boleh mengalirkan air mata. Adakah NZ terlalu jauh dari-Nya? Mungkin juga ini cara dan anugerah yang diberikan Allah kepada NZ untuk sentiasa mengingati-Nya.

Cita-cita NZ untuk menjadi seorang wartawan penyiaran juga semakin kuat sebab melalui pekerjaan ini NZ boleh berdakwah dan membantu mereka yang memerlukan. Bukannya NZ kata pekerjaan lain tak boleh berdakwah, semua pekerjaan yang kita lakukan juga dakwah cuma pekerjaan ini mempunyai jaringan yang lebih luas dan dekat dengan masyarakat.Lihat saja bagaimana Ahmad Fedtri Yahya berdakwah melalui rancangan-rancangan yang telah diterbitkan oleh beliau. NZ sangat kagum dengan cara abang Fedtri berdakwah. Beliau menggunakan keistimewaan beliau sebagai seorang pengacara dan wartawan penyiaran untuk berdakwah demi Islam agar minda masyarakat terbuka serta boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun pada mulanya ramai yang mentertawa dan membangkang pilihan NZ ini tapi NZ tetap teguh dengan pilihan NZ sebab NZ yakin dengan pilihan yang NZ ambil ini. Hati NZ juga kuat mengatakan inilah diri NZ yang sebenarnya.

Hasrat NZ untuk buka yayasan kebajikan turut semakin berkobar-kobar. Semoga apa yang NZ hajatkan akan tercapai. NZ juga menyimpan impian untuk menjadi seorang aktivis dan sukarelawan pada suatu hari nanti. Biarlah orang mentertawakan impian NZ ini namun hasrat murni ini akan tetap NZ teruskan sampai NZ menutup mata. Apa yang penting, sokongan dan restu daripada mama NZ. NZ pasti suatu hari nanti mama pasti nampak kesungguhan NZ ini. Bukan untuk bermegah tapi NZ lakukan semua ini hanya untuk mama. NZ nak semua pahala dan kebaikan yang NZ peroleh akan mama rasakan kelak.

SEKIAN..........SALAM SAYANG BUAT SEMUA :-)





No comments:

Post a Comment