Pages

Powered By Blogger

Friday, March 4, 2011

Kembali Bernafas.......

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Dari.Mata.Mata......

Alhamdulillah.....Sekian lama NZ menyepikan diri daripada menulis catatan-catatan terbaru, akhirnya hari ini blog ini kembali bernafas. Kesibukan NZ pada tahun ini menuntut masa NZ untuk terus memberikan nukilan-nukilan terkini mengenai apa yang berlaku dipersekitaran NZ. Catatan NZ yang terakhir sebelum ini adalah mengenai tahun baru 2011.Insyahallah, NZ akan cuba menulis segala yang berlaku sepanjang bulan Januari hinggalah Mac ini.

Nantikan catatan terbaru NZ......

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun baru 2011.....



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua pengunjung Dari.Mata.Pena.........

Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk merasai keindahan tahun baru agar semua apa yang kita ada sekarang ini akan berubah kepada sesuatu yang lebih baik lagi pada tahun ini. Setiap kali tibanya tahun baru, soalan yang wajib ditanyakan adalah azam. Apakah azam tahun baru anda??? Kalau NZ, tahun ini NZ tak pasang azam yang terlalu tinggi sebab memang tahun ini NZ target hanya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan-peperiksaan yang bakal NZ duduki tahun ini terutamanya peperiksaan STPM 2011. NZ kena buktikan kepada semua inilah haluan yang NZ pilih dan cari selama ini. Kalau NZ gagal lagi kali ini, mesti ramai yang akan memperlekehkan NZ. Selain itu, NZ juga nak jadi seorang ketua yang baik dan berwibawa bagi memastikan setiap organisasi yang NZ pimpin akan berlaku transformasi. NZ tak nak buat sesuatu perubahan yang sangat drastik, cukuplah dengan perubahan yang sedikit tetapi mampu memberi satu impak yang besar kepada ahli-ahli di bawah pimpinan NZ. NZ nak mereka rasa dihargai, dihormati, diberikan peluang untuk memberikan idea serta pandangan dan mampu melontarkan kritikan masing-masing. Semua ini penting kerana setiap kritikan dapat memperbaiki kelemahan di dalam organisasi.....


Sekian dulu catatan NZ untuk kali ini......

LOTS OF LOVE....

Tuesday, December 7, 2010

Kerana Ku Cinta Kau

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, kita bertemu lagi........ Tak tahu kenapa hari ini rasa sangat rindu kepada adik angkat NZ. Nak tahu siapa??? Syahmimi @Mimi........Hahaha.......Kalau jumpa asyik gaduh saja tapi bila berjauhan rindulah pula.....Mungkin kami dah lama kenal rapat dan saling menjaga sesama kami menyebabkan kami seperti adik-beradik kandung. Apa-apa pun NZ harap Mimi pandai jaga diri dan jangan sesekali lupakan NZ yang jauh di sini ya.....

Dah banyak kawan-kawan NZ yang pergi melanjutkan pelajaran. Ada yang dekat dan jauh. Rindu dengan mereka semua. NZ selalu bayangkan satu hari nanti kami akan bertemu kembali dengan menunjukkan kejayaan masing-masing.

Oklah, nanti NZ sambung cerita......

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah dan Hari Aids Sedunia........




Assalamualaikum semua.......

Alhamdulillah, kita pertemukan lagi pada coretan mata pena NZ kali ini. NZ menadah tangan sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan-Nya. NZ sangat bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi pada tahun ini untuk menyambut Maal Hijrah dan Hari Aids Sedunia. Sebelum NZ meneruskan catatan ini, izinkan NZ untuk mengucapkan salam Maal Hijrah buat semua umat Islam yang berada di seluruh dunia. Tidak lupa juga selamat menyambut Hari Aids Sedunia pada 1 Disember 2010 yang lalu. NZ harap belum terlambat untuk mengucapkannya kepada semua pengunjung Dari.Mata.Pena........

Sempena Maal Hijrah ini juga NZ berharap agar NZ dapat berubah ke arah yang lebih baik lagi dan meninggalkan semua tabiat buruk NZ. NZ sedar yang NZ banyak melakukan dosa dan kesilapan sepanjang NZ bernafas. NZ tahu NZ selalu sakitkan hati orang sekeliling NZ, tak kira melalui tutur kata mahupun tingkah laku NZ. Maafkan NZ...........

Sempena Hari Aids Sedunia pula, kita selaku ahli mesyarakat harus memberikan sokongan yang berterusan kepada mereka yang menghidapi penyakit ini. Hanya doa dan sokongan daripada masyarakat saja bisa membantu mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Kita tidak sepatutnya menyisihkan mereka kerana mereka juga manusia biasa yang inginkan kehidupan normal seperti kita. NZ tak salahkan sesiapa. Mungkin kita kekurangan maklumat mengenai Aids, cara penyakit itu berjangkit dan sebagainya. Contoh terbaik yang boleh kita lihat ialah Puan Norlina Haji Alawi yang sanggup mengambil anak-anak yang menghidapi HIV sebagai anak angkat beliau. Tidak ramai yang saggup membuat pengorbanan seperti beliau. Mulia sungguh hati wanita ini.
Secara peribadi NZ dapat rasakan yang dua hari ini sangat bermakna buat NZ. Timbul rasa keinsafan dalam diri NZ lebih-lebih lagi setelah NZ menonton rancangan serta drama yang dihidangkan sempena dua hari yang cukup istimewa ini. Setiap kali menonton, hati NZ sebak dan adakalanya NZ boleh mengalirkan air mata. Adakah NZ terlalu jauh dari-Nya? Mungkin juga ini cara dan anugerah yang diberikan Allah kepada NZ untuk sentiasa mengingati-Nya.

Cita-cita NZ untuk menjadi seorang wartawan penyiaran juga semakin kuat sebab melalui pekerjaan ini NZ boleh berdakwah dan membantu mereka yang memerlukan. Bukannya NZ kata pekerjaan lain tak boleh berdakwah, semua pekerjaan yang kita lakukan juga dakwah cuma pekerjaan ini mempunyai jaringan yang lebih luas dan dekat dengan masyarakat.Lihat saja bagaimana Ahmad Fedtri Yahya berdakwah melalui rancangan-rancangan yang telah diterbitkan oleh beliau. NZ sangat kagum dengan cara abang Fedtri berdakwah. Beliau menggunakan keistimewaan beliau sebagai seorang pengacara dan wartawan penyiaran untuk berdakwah demi Islam agar minda masyarakat terbuka serta boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun pada mulanya ramai yang mentertawa dan membangkang pilihan NZ ini tapi NZ tetap teguh dengan pilihan NZ sebab NZ yakin dengan pilihan yang NZ ambil ini. Hati NZ juga kuat mengatakan inilah diri NZ yang sebenarnya.

Hasrat NZ untuk buka yayasan kebajikan turut semakin berkobar-kobar. Semoga apa yang NZ hajatkan akan tercapai. NZ juga menyimpan impian untuk menjadi seorang aktivis dan sukarelawan pada suatu hari nanti. Biarlah orang mentertawakan impian NZ ini namun hasrat murni ini akan tetap NZ teruskan sampai NZ menutup mata. Apa yang penting, sokongan dan restu daripada mama NZ. NZ pasti suatu hari nanti mama pasti nampak kesungguhan NZ ini. Bukan untuk bermegah tapi NZ lakukan semua ini hanya untuk mama. NZ nak semua pahala dan kebaikan yang NZ peroleh akan mama rasakan kelak.

SEKIAN..........SALAM SAYANG BUAT SEMUA :-)





Sunday, November 28, 2010

Rindu....

Assalamualaikum.........Sekian lama NZ tak menulis, akhirnya pena NZ bergerak kembali mengalunkan keindahan seni. Alhamdulillah, NZ bersyukur jantung NZ masih berdenyut dan diberikan kesempatan untuk terus berkarya dan membantu masyarakat sekeliling.......Untuk salam kembali hayatilah bait-bait puisi ini yang NZ peti daripada filem Ketika Cinta Bertasbih :

Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi riang,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta......

Sekalipun cinta telah ku huraikan
dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri......

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping bagitu sampai kepada cinta......

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan......

Akhirnya rindu NZ kepada Dari.Mata.Pena telah terubat........:-)


Monday, June 28, 2010

Besar Ertinya 28 Jun.....

Hari ini genaplah 18 tahun aku hidup di dunia ini. Banyak dugaan serta cabaran telah aku tempuhi. Sejak aku kecil lagi terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang harus aku kenang, mungkin ada yang menjadi memori berharga buat diri aku untuk meneruskan kehidupan remajaku. Tahun ini merupakan ulangtahun aku yang paling aku ingati. Nak tahu kenapa??? Sebab tahun ini aku dapat banyak ucapan dan doa daripada keluarga,kawan karib aku yang dah lama tak jumpa iaitu Nazzeef, kawan-kawan lama, kawan-kawan baru kat FB, junior2 dan senior2, guru-guru dan ucapan daripada dua orang yang paling mengejutkan aku........Insan yang pertama adalah Abang Syazwan Zakariah salah satu idola aku dalam bidang penyiaran.......Dan insan yang ke-2 adalah Kak Rozi, kakak ipar Dato' Siti Nurhaliza. Aku anggap Kak Zyee sebagai mentor aku dalam penulisan sebab aku suka hasil tulisan Kak Zyee di "Dunia Kecilku" mahupun akaun FB beliau......Nasib baik bukan Dato' Siti.......hahaha..... Oooo....ya!!!! Tak lupa juga buat Kak Yana Hussein, editor majalah kegemaran aku In-Trend sebab sudi bagi ucapan.
Hari ini juga aku menghantar abang ke IPG di Maktab Gaya, KK. Walaupun badan aku terasa penat dan terpaksa naik teksi balik ke rumah tapi aku anggap semua tu adalah pengorbanan aku untuk mereka. Ada baiknya juga aku ikut hantar abang tadi sebab aku boleh belajar dan melihat sendiri bagaimana proses pendaftaran untuk masuk ke pusat penganjian tinggi dilakukan. Macam-macam ragam manusia aku boleh di sana tadi. Tak kurang juga, ada antara mereka yang berasal daripada golongan yang kurang berkemampuan. Kesian tengok mereka tapi macam mana aku nakbantu sebab aku pun tak mempunyai kewangan sendiri lagi. Tidak mengapa,aku boleh membantu mereka dari segi doa. Aku doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki yang banyak agar mereka juga boleh membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. dalam pada itu, kesian juga bila tengok asrama mereka sebab dalam bilik tu tak ada katil dan alamri......ish ishish..... Nasiblah ya.... Tapi, aku rasa dia tak lama kot tinggal di asrama sebab minggu depan dia nak tinggal di rumah mak cik di Telipok. Apa-apa pun, aku sokong saja apa cita-cita dia dan aku mereka juga akan menyokong cita-cita aku.
Sekian dulu catatan Dari. Mata. Pena buat kali ini....... Jumpa lagi pada coretan yang lain.....;-)

Sunday, June 27, 2010

18 Tahun.........

Hari yang dinanti sudah tiba. Buat pertama kalinya Nazllie menyambut ulangtahun dengan menulis catatan hati di Dari Mata Pena. Dari Mata Pena yang serba indah ini, Nazllie memberi dan berkongsi segala yang tertanam di hati, setiap apa yang pernah Nazllie alami, bagaimana perasaan di hati dan apakah yang masih Nazllie cari.
18 tahun Nazllie mengabdi diri, menahan tomahan dan keji, tidak pula berdiri hanya di atas puji, namun setiap hari yang Nazllie lalui penuh dengan erti. Nazllie membesar dan mengenal diri, Nazllie belajar mengharungi kerana inilah ragam duniawi dan Nazllie tidak berpaling lagi. Perjalanan ini harus diteruskan lagi, berikan Nazllie kekuatan diri. Nazllie akan terus berlari, mengejar impian di hati, apa yang dilalui selama ini adalah memori penuh erti dan yang Nazllie langkahi ke depan ini adalah satu catatan indah untuk kemudian hari. Hari ini Nazllie datang untuk mengejar mimpi. Esok Nazllie akan datang untuk mengotakan janji.........